Saturday 30 November 2013

ICE SKATING


Salam semua, dah lama tak update Blog ni.... Busy lately ni :D
First of all, hiraukan rambut separuh botak aku ni ye! hehe

Now nk share cerita masa aku main Ice Skating dkt The Curve.
Actually dah lama tak main Ice Skating ni, last time main dkt Sunway Pyramid.
Aku bukan lah Pro sgt tapi memang seronok main Ice Skating ni. Korang pandai main tak?
Mesti Pro kan! Untung lah. ;)

Aku pergi dgn Adik (Faiz), Cousin (Eka) and Anak Buah (Hakeem) aku sorang.
Sebelum main Ice Skating kitorang pergi Karaoke dkt RedBox.
Not bad lah... Tapi prefer RedBox Sogo and Pavilion.
Makanan dkt RedBox The Curve kurang sedap. Nak mintak tukar pon tak boleh.
Bukannye aku dah makan... Ayoo... So terpaksa membazir sbb memang TAK SEDAP.
Sorry food :(

And kitorang terjumpa dgn Pelakon Cilik, nama dia "Firdaus". 
Actually I don't really know him, but my cousin yg kenal and ingatkan dkt aku. Budak ni pernah masuk Iklan "Keropok Moni" hahaha... Itu jelah buat aku ingat budak tu. 
Dia budak baik, adik beradik dia pon baik. Especially adik bongsu dia "Muntazar" dia cute doh... haha.




Harga Main Ice Skating :
1. Entrance fee RM30.00
2. Gloves RM8.00 (Kalau korang dah ada Gloves so tak perlu lah beli) :)



Monday 15 April 2013

DEMI LOVATO AT TWIN TOWER ALIVE 2013


Hey friends....
Hasrat untuk tgk Demi Lovato perform live on stage menjadi kenyataan!
22 March 2013 Me, my sister Esha, my cousin Eka and my Niece Rinda <--- (Fly from Sabah) kitorang dpt ticket utk Twin Tower @Live 2013. Actually dari rumah Kitorang bertiga je tak termasuk Rinda. Memang ramai gila org dtg, makin hari nk gelap makin ramai org. Banyak artist2 yg perform.. Dalam pukul 10pm baru Rinda sampai KLCC.. Sempat lagi tgk Demi Lovato sebab ada Fashion Show pulak!
Hari hujan lebat! But we all still tunggu Demi Lovato!
Dalam pukul 11 baru Demi Lovato keluar and perform.
Awesome!!!!!
Demi nyanyi Live memang BEST!
Kalah Selena Gomez! 
Demi juga nyanyi Single terbaru nya "Heart Attack" huhu...
Final song "Give Your Heart a Break" Serious Awesome!
Even we all standing more than 6 hours... But worth it.
Thank you Demi for coming and we all enjoy all your song!

*Pls come again! ;) 

Friday 1 March 2013

Jack The Giant Slayer

Hi guys.... Lama gila aku tak update blog ni.
First of all Happy New Year 2013 (I'm so so so late) haha...
Today 1 March 2013 Happy Birthday to my Idol Justin Bieber!!!!!
Hari jumaat after office hour aku merayau pergi KLCC (Friday Activities).
Movie time, mula2 nak tgk cerita "Dark Skies" tapi show time dia pukul 7:00pm.
Macam lambat sgt and aku tgk show time movie "Jack The Giant Slayer" pukul 6:15pm
memang okay sgt.. Terus beli 1 ticket (well aku suka tgk wayang sorang2) ;)
Sementara tunggu masa nak ke 6:15 aku pon jalan sorang2 dalam KLCC.
6:15 dah beli popcorn terus masuk bilik No.2 seat F5 (Detail) :D

Movie "Jack The Giant Slayer" ni adaptasi daripada kisah donggeng "Jack The Giant Killer" & "Jack And The Beanstalk".




(Biar aku story sikit)

Mengisahkan seorang budak lelaki kampung bernama Jack ((Nicholas Hoult) yg bapanya seorang tukang kebun dan juga seorang Puteri bernama Isabelle (Eleanor Tomlinson)Mereka hidup dalam keadaan keluarga yg berbeza. Tetapi keduanya berminat dgn cerita donggeng. Cerita donggeng yang mengisahkan seorang Raja yang berjaya menghalau Mahkluk2 Gergasi balik ke tempat asal mereka iaitu di atas awan dgn menggunakan Mahkota nya yg sgt ditakuti oleh Mahkluk Gergasi itu. Dan Raja itu suruh semua pengawalnya untuk memotong Batang Gergasi yg membolehkan Gergasi2 itu turun dari Awan ke Bumi. Maka itu selamat lah semua penduduk di situ. Setelah Raja itu mangkat Mahkota yang boleh menakutkan Gergasi itu telah di tanam sekali bersama Raja yg mangkat tu.
Beberapa abad kemudian keturun Raja itu masih wujud iaitu Isabelle, Isabelle seorang Puteri yang suka kan cabaran tetapi dilarang oleh ayahanda nya iaitu Raja di Negara itu.
Isabelle melarikan diri dari Istana nya kerana tidak mahu di kahwinkan dgn seorang lelaki tua yg juga Kerabat Raja tetapi lelaki itu mempunyai niat jahat.
Sementara Jack berada di rumahnya dan Jack mempunyai Kacang Ajaib yg diberi oleh sorang Sami.
Tetapi salah satu Kacang itu terjatuh di bawah tanah rumahnya tanpa dia sedari.
Pada malam itu cuaca hujan dan Puteri Isabelle ingin berteduh dan Puteri Isabelle menuju ke rumah Jack. Akhirnya mereka menjadi kawan. Tiba2 gegaran yg kuat berlaku di dalam rumah Jack. Tumbuh lah Batang Gergasi yang menaik hingga ke Awan. Batang Gergasi itu punca daripada Kacang Ajaib yg diberi oleh Sami itu.
Jack, Puteri Isabelle dan juga rumahnya naik hingga ke Awan, dan Jack tidak dpt bertahan maka dia pon jatuh ke tanah. Puteri Isabelle berada didalam rumah Jack dan Puteri Isabelle tidak boleh turun dari awan itu.
Keesokkan harinya Raja iaitu ayahanda Puteri Isabelle dtg bertemu Jack yang baru tersedar dari pengsan dan Jack juga memengang Gelang milik Puteri Isabelle. Jack cerita kan segala yg terjadi kepada Raja itu. Dan Raja itu menyuruh pengawalnya untuk memanjat Batang Gergasi itu dan selamatkan Puteri nya. Jack menjadi sukarela untuk menyelamatkan Puteri itu dan Raja itu benarkan. Mula lah penggambaran Jack dan Puteri Isabelle yang terperangkap di dalam dunia Mahkluk Gergasi.

*Selebihnya korang tgk sendiri okay...
Movie ni memang Best!