Friday 1 March 2013

Jack The Giant Slayer

Hi guys.... Lama gila aku tak update blog ni.
First of all Happy New Year 2013 (I'm so so so late) haha...
Today 1 March 2013 Happy Birthday to my Idol Justin Bieber!!!!!
Hari jumaat after office hour aku merayau pergi KLCC (Friday Activities).
Movie time, mula2 nak tgk cerita "Dark Skies" tapi show time dia pukul 7:00pm.
Macam lambat sgt and aku tgk show time movie "Jack The Giant Slayer" pukul 6:15pm
memang okay sgt.. Terus beli 1 ticket (well aku suka tgk wayang sorang2) ;)
Sementara tunggu masa nak ke 6:15 aku pon jalan sorang2 dalam KLCC.
6:15 dah beli popcorn terus masuk bilik No.2 seat F5 (Detail) :D

Movie "Jack The Giant Slayer" ni adaptasi daripada kisah donggeng "Jack The Giant Killer" & "Jack And The Beanstalk".




(Biar aku story sikit)

Mengisahkan seorang budak lelaki kampung bernama Jack ((Nicholas Hoult) yg bapanya seorang tukang kebun dan juga seorang Puteri bernama Isabelle (Eleanor Tomlinson)Mereka hidup dalam keadaan keluarga yg berbeza. Tetapi keduanya berminat dgn cerita donggeng. Cerita donggeng yang mengisahkan seorang Raja yang berjaya menghalau Mahkluk2 Gergasi balik ke tempat asal mereka iaitu di atas awan dgn menggunakan Mahkota nya yg sgt ditakuti oleh Mahkluk Gergasi itu. Dan Raja itu suruh semua pengawalnya untuk memotong Batang Gergasi yg membolehkan Gergasi2 itu turun dari Awan ke Bumi. Maka itu selamat lah semua penduduk di situ. Setelah Raja itu mangkat Mahkota yang boleh menakutkan Gergasi itu telah di tanam sekali bersama Raja yg mangkat tu.
Beberapa abad kemudian keturun Raja itu masih wujud iaitu Isabelle, Isabelle seorang Puteri yang suka kan cabaran tetapi dilarang oleh ayahanda nya iaitu Raja di Negara itu.
Isabelle melarikan diri dari Istana nya kerana tidak mahu di kahwinkan dgn seorang lelaki tua yg juga Kerabat Raja tetapi lelaki itu mempunyai niat jahat.
Sementara Jack berada di rumahnya dan Jack mempunyai Kacang Ajaib yg diberi oleh sorang Sami.
Tetapi salah satu Kacang itu terjatuh di bawah tanah rumahnya tanpa dia sedari.
Pada malam itu cuaca hujan dan Puteri Isabelle ingin berteduh dan Puteri Isabelle menuju ke rumah Jack. Akhirnya mereka menjadi kawan. Tiba2 gegaran yg kuat berlaku di dalam rumah Jack. Tumbuh lah Batang Gergasi yang menaik hingga ke Awan. Batang Gergasi itu punca daripada Kacang Ajaib yg diberi oleh Sami itu.
Jack, Puteri Isabelle dan juga rumahnya naik hingga ke Awan, dan Jack tidak dpt bertahan maka dia pon jatuh ke tanah. Puteri Isabelle berada didalam rumah Jack dan Puteri Isabelle tidak boleh turun dari awan itu.
Keesokkan harinya Raja iaitu ayahanda Puteri Isabelle dtg bertemu Jack yang baru tersedar dari pengsan dan Jack juga memengang Gelang milik Puteri Isabelle. Jack cerita kan segala yg terjadi kepada Raja itu. Dan Raja itu menyuruh pengawalnya untuk memanjat Batang Gergasi itu dan selamatkan Puteri nya. Jack menjadi sukarela untuk menyelamatkan Puteri itu dan Raja itu benarkan. Mula lah penggambaran Jack dan Puteri Isabelle yang terperangkap di dalam dunia Mahkluk Gergasi.

*Selebihnya korang tgk sendiri okay...
Movie ni memang Best!

No comments:

Post a Comment